comscore
Tumpuan :
Nasional

Cuaca tidak menentu, penyakit padi punca gangguan bekalan beras putih tempatan – LPP

KUALA LUMPUR: Faktor cuaca tidak menentu dan penyakit padi sepanjang musim tuaian yang lepas iaitu antara April sehingga Ogos, menyebabkan bekalan beras putih tempatan dalam pasaran sedikit ‘terganggu’ di pasaran.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Amir Mat Amin berkata kebiasaannya, secara purata hasil tuaian mampu mencecah tujuh metrik tan sehektar, namun untuk musim lepas ia menurun sehingga hanya empat metrik tan sehektar.

Kekurangan bekalan beras putih tempatan menjadi lebih ketara selepas kenaikan harga beras import yang menyebabkan pengguna beralih kepada beras putih tempatan.

“Ada juga sedikit yang terjejas pengeluarannya disebabkan banjir mengakibatkan hasil tidak dapat dituai. Selain itu faktor peralihan penggunaan turut menyumbang kepada situasi kekurangan bekalan ini,” katanya

Pada awal September, Bernas menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Ini menyebabkan harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39 berbanding beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal, iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit.

Bagaimanapun, situasi semasa kini, hampir tiada bekalan beras putih tempatan di kedai runcit atau pasar raya dan pengguna terpaksa membeli beras putih import yang lebih mahal khususnya bagi golongan B40.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini