comscore
Tumpuan :
Hiburan

Famili Duo 2023: Syahir & Shila Amzah dapat ‘Perfect 10’

Selepas lima minggu hanya mendapat kritikan  daripada panel juri, mereka akhirnya memikat hati juri.

Pasangan adik-beradik, Shila dan Syahir Amzah membuktikan diri mereka selepas berjaya meraih markah ‘perfect 10’ pada minggu ke-6 Famili Duo 2023.

Komposer terkenal dan juri tetap, Ajai berkata, dia terhibur sehingga mengeluarkan air mata menonton persembahan pasangan duo itu.

“I’m proud of you,” kata Ajai dengan bangga selepas melihat persembahan Syahir yang berjaya menunjukkan peningkatan.

Sementara itu, Mas Idayu juga bersetuju dengan Ajai tentang peningkatan yang ditunjukkan Syahir.

“Mummy suka sangat! itu adalah usaha dia (Syahir). Tone dia pada awal-awal persembahan tu sedap.”

“Mummy tak kisah pun dan faham kalau awak tak consistent sebab awak bukan penyanyi hebat tetapi keseluruhannya, ‘hat’s off’ mummy sangat suka.”

Persembahan bertemakan  Retro/60’s 70’s pada minggu ini dijuarai pasangan adik-beradik Sharif dan Syaiful dengan markah 71.3 peratus.

Berikut adalah kedudukan markah pasangan duo setakat ini #FamiliDuo:


Dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Jangan lupa saksikan Famili Duo 3 yang akan bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 atau strim secara atas talian di www.tonton.com.my

Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Loading...
Terkini