comscore
Tumpuan :
Hiburan

Famili Duo: Shila & Syahir ‘tumpas’ di minggu ketiga

Shila & Syahir membawakan beberapa buah lagu ‘mashup’ bertemakan ‘Rock – Medley Slow & Fast’

PETALING JAYA: Seorang penyanyi profesional, seorang lagi masih mencari rentak.

Itu yang disifatkan untuk Shila Amzah dan adiknya, Syahir dalam penampilan mereka di Famili Duo musim ketiga.

Selepas dua minggu berturut-turut menjadi naib juara mingguan, episod ke-3 menyaksikan duo adik-beradik ini di tangga tercorot dengan markah 42.5 peratus.

Syahir dilihat masih mencari rentak dan identiti apabila bergandingan bersama kakaknya, pada persembahan bertemakan ‘Rock – Medley Slow & Fast’ 29 Oktober lalu.

Duo adik-beradik Adira & Emma Suhaimi muncul pemenang minggu ke-3

Menurut juri tetap, Ajai, “Sekarang Famili Duo berada di minggu ketiga, sepatutnya tiada masa lagi untuk segi pembelajaran. Syahir seharusnya kena tonjolkan diri, sebab persembahan sebentar tadi pun masih ada bahagian yang tak dihafal.

“Apa yang saya nampak adalah kurang dari segi penjiwaan dan penyampaian lagu yang masih tak seiring.

Syaiful & Sharif Zero beraksi di pentas Famili Duo

Tambahnya, “Shila sudah memberi persembahan demi kamu, jadi kamu juga perlu memberi persembahan demi kakakmu. Baru jadinya berduo lebih baik.

Persembahan Ahad lalu telah menyaksikan kemenangan oleh pasangan duo adik-beradik Adira & Emma Suhaimi dengan pembawaan medley lagu ‘Tiada Tangis Lagi’ dan ‘Hukum Karma’.

Haqiem Rusli & Ariff Bahran

Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu ketiga #FamiliDuo:

Carta mingguan Famili Duo minggu ke-3

Famili Duo 3 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini ialah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Tom & Fuad Rahman

Famili Duo 3 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues (pengurus projek), Muhamad Sufian Che Isa (penerbit eksekutif) dan Noradillah Binti Abdullah (penerbit).

Ryan & Adam Bakery

Gunakan hashtag #FamiliDuo untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Loading...
Terkini