comscore
Tumpuan :
Dunia Seni

Famili Duo: Syaiful & Sharif berhati-hati dengan Ryan & Adam Bakery

PETALING JAYA: Walaupun mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri hiburan, ia bukan mudah bagi pasangan adik-beradik, Syaiful dan Sharif Zero untuk berentap di pentas Famili Duo 3.

Mengakui terdapat pelbagai cabaran, Shariff berkata mereka perlu lebih berhati-hati terutamanya dengan kebangkitan pasangan Ryan dan Adam Bakery.

“Kesemua peserta hebat belaka, jadi sekarang kami perlu lebih berhati-hati dengan Ryan dan Adam Bakery, kalau kita lihat mereka berdua memang bagi sepenuhnya dan minggu ini pula mereka dapat tempat kedua,” kata Shariff.

Sasaran duo adik-beradik ini ialah terus dinilai sebagai satu daripada duo yang layak untuk bergelar finalis di pentas akhir Famili Duo 3 di samping memberikan persaingan hebat kepada duo yang lain.

Setiap kali sebelum mereka tampil ke pentas, Syaiful & Sharif akui gugup dan tidak sabar mahu melihat reaksi daripada juri dan penonton yang menilai persembahan mereka.

Apatah lagi mereka yang dikenali sebagai pelawak telah diberi tanggungjawab untuk membawakan lagu yang bertemakan ‘legenda’ pada episod lalu.

“Kami akui memang ada berdepan dengan situasi sukar apabila membawakan lagu balada tradisional yang memerlukan banyak tenaga dan stamina.

“Kami pun perlu seimbangkan kesemuanya dan paling penting dapat buat penonton terhibur dan tugas kami adalah memberikan persembahan yang terbaik dan berseronok di atas pentas,” kata Syaiful.

Pasangan duo adik beradik ini perlu lebih fokus dan konsisten dengan semua elemen konsep Famili Duo seperti nyanyian, persembahan dan kreativiti.

Jangan terlepas untuk gandakan sokongan buat duo kegemaran anda sebanyak 50 kali undian apabila anda menggunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ ketika melanggan pakej TontonUP dengan harga serendah RM20 bagi 3 bulan pertama!

Nantikan juga pentas persembahan Famili Duo seterusnya pada 19 November 2023, pukul 9.00 malam di TV3.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Loading...
Terkini