comscore
Tumpuan :
Nasional

FBM KLCI mampu capai 1,700 jika aliran dana kembali normal

Foto hiasan

Oleh: Afrina Romzi

KUALA LUMPUR: Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mampu mencapai 1,700 mata jika aliran dana kembali normal.

Ketua Penyelidikan Rakuten Trade, Kenny Yee berkata firmanya turut menjangka FBM KLCI mencecah 1,660 menjelang akhir tahun 2024, berdasarkan nisbah harga pendapatan (PER) sebanyak 15.5 kali pada pertumbuhan pendapatan 16 peratus.

“Pada asasnya persekitaran pelaburan dalam pasaran tempatan telah meningkat dengan pesat. Pertama sekali adalah kestabilan politik, saya rasa sekarang dari segi politik semuanya telah selesai, kita boleh fokus untuk menjalankan perniagaan,” katanya semasa taklimat media mengenai Tinjauan Pasaran Suku Kedua Malaysia hari ini.

Menyentuh mengenai dana asing, beliau berkata Malaysia melihat aliran masuk bersih pada Januari dan Februari, masing-masing sebanyak RM791.3 juta dan RM1.487 bilion.

Namun, terdapat aliran keluar bersih RM1.8 bilion pada Mac, hampir kenaikan sifar daripada aliran masuk dalam dua bulan pertama.

Sementara itu, pemegang saham asing telah mengukuh kepada 19.3 peratus pada Februari.

Rakuten Trade yakin pegangan saham asing akan melepasi ambang 20 peratus ​​dan menguji tahap 25 peratus kerana pelabur asing telah lama kurang melaburdi Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini