KUALA KEDAH: Feri penumpang dua hala dari Kuala Kedah ke Langkawi beroperasi semula hari ini selepas tiga hari ditutup sejak Khamis lalu susulan ombak tinggi dan ribut.
Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, empat perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi beroperasi hari ini manakala lima perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah membabitkan 1,664 penumpang dua hala setakat jam 11 pagi hari ini.
Beliau berkata, feri pertama dari Kuala Kedah ke Langkawi bermula jam 1.30 petang diikuti feri kedua pada jam 3 petang dan 4.30 petang serta 6 petang hari ini.
“Perjalanan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah pula bermula jam 10.30 pagi diikuti 12 tengahari dan 1.30 petang selain trip Feri pada jam 3 petang dan 4 petang hari ini.
“Keadaan cuaca dan laut hari ini dalam keadaan baik dan penumpang masih boleh membuat pembelian tiket melalui secara dalam talian dan di kaunter,” katanya ketika ditemui di Terminal Feri Kuala Kedah, hari ini.
Dalam pada itu, Baharin berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, bermula 24 September hingga awal November akan berlaku peralihan monsun Barat Daya yang boleh menyebabkan angin kencang dan hujan lebat di utara Semenanjung pada lewat petang sehingga ke malam.
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan berkaitan cuaca di laut semasa daripada komuniti nelayan setempat dan bilik kawalan Jabatan Laut Malaysia.
“Pihak Konsortium akan membuat hebahan sekiranya berlaku sebarang perubahan jadual feri dari masa ke semasa melalui hebahan media massa dan aplikasi ‘Cuti-Cuti Langkawi’,” katanya.
Baharin berkata, sepanjang lima hari pembatalan feri dibuat sejak 17 September hingga semalam, pihak Konsortium membuat pulangan hampir RM200,000 kepada penumpang yang terjejas membabitkan perjalanan dua hari dari Kuala Kedah ke Langkawi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- 567 penumpang terkandas, feri tersangkut beting pasir
- Feri terkandas di beting, teruskan perjalanan ke Langkawi
- 567 penumpang feri selamat tiba di Langkawi malam tadi
- Operasi feri Kuala Kedah-Langkawi-Kuala Kedah dihentikan berikutan ombak tinggi
- Operasi feri Langkawi di Terminal Kuala Kedah ditutup sehingga 21 September
- Pembatalan perjalanan feri: Pelancong terjejas ditawar penginapan RM10 semalam
- Feri Langkawi-Kuala Kedah beroperasi semula esok