comscore
Tumpuan :
Nasional

Feri Tanjung Belungkor, Johor kembali beroperasi bulan depan

Pintu masuk ke Terminal Feri Tanjung Belungkor

KOTA TINGGI: Setelah hampir empat tahun ditutup, perkhidmatan Feri Tanjung Belungkor ke Batam dan Tanjung Pinang, Indonesia serta Singapura akan kembali beroperasi awal bulan depan.

Tiga feri penumpang beroperasi secara ulang-alik mampu membawa 300 penumpang bagi setiap perjalanan ke tiga destinasi berkenaan.

Perkara itu diumumkan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar.

Katanya, pembukaan semula terminal feri berkenaan mampu melonjakkan ekonomi dan menarik lebih ramai pelancong ke Johor sekaligus mampu meningkatkan ekonomi khususnya timur Johor.

“Pengusaha feri juga bercadang untuk meningkatkan perkhidmatan feri RORO iaitu untuk kereta dan juga lori. Jadi ini akan meningkatkan sektor pelancongan,” katanya selepas meninjau Terminal Feri berkenaan, pagi tadi.

Beliau yakin tambahan laluan itu dijangka akan meningkatkan import dan eksport antara Johor dan Indonesia apabila cadangan feri RORO Batam-Tanjung Belungkor mula beroperasi September nanti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini