comscore
Tumpuan :
Nasional

Gabungan Celcom-Digi Dijangka Muktamad Akhir Tahun Ini

PETALING JAYA: Penggabungan syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Bhd dan Digi.com Bhd untuk membentuk entiti baharu MergeCo dijangka dimuktamadkan akhir tahun ini.

Pemangku Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Vivek Sood berkata, syarikat sedang melengkapkan beberapa prosedur termasuk mendapatkan kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta Bursa Malaysia.

Mengenai pelaksanaan 5G negara, Celcom sedang memuktamadkan perjanjian ekuiti dan perjanjian komersial dengan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk memenuhi tarikh akhir 31 Ogos 2022.

Bagaimanapun, Celcom mungkin terpaksa memohon lanjutan masa jika syarikat tidak dapat memenuhi tarikh akhir itu.

“Saya enggan untuk mengulas tentang tarikh itu tetapi saya boleh mengatakan bahawa perbincangan adalah positif. Kami dalam usaha untuk memastikan 5G disediakan secepat mungkin. Kami positif untuk memenuhi tarikh itu. Namun permintaan untuk lanjutan tarikh bergantung jika kami tidak dapat menyelesaikannya,” katanya di taklimat media prestasi kewangan suku kedua tahun kewangan 2022 Axiata secara maya.

Buat masa ini, Celcom dan Digi akan membuat rundingan secara berasingan berkenaan pemilikan ekuiti dalam DNB.

Sebelum ini, DNB menawarkan pemilikan ekuiti 70 peratus sama rata kepada setiap syarikat telekomunikasi.

Loading...
Terkini