comscore
Tumpuan :
Nasional

Gajah dirempuh Porsche berjaya dikesan 

KUALA TERENGGANU: Seekor gajah yang dirempuh sebuah kenderaan di Kilometer 45, Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di Setiu malam tadi berjaya ditangkap di Kampung Telaga Papan, Setiu pagi tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu Loo Kean Seong berkata, pihaknya berjaya mengesan gajah betina itu kira-kira jam 11.30 pagi tadi pada sekitar jarak 15 kilometer dari lokasi kemalangan.

Beliau berkata, mamalia itu berjaya dikesan pihaknya selepas lebih tiga jam operasi pencarian dilakukan bermula jam 8 pagi.

“Pemeriksaan mendapati gajah itu mengalami kecederaan luaran akibat kemalangan dan kita masih menunggu pemeriksaan lanjut yang dilakukan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Gajah itu akan dipindahkan ke habitat semulajadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Media sebelum ini melaporkan seorang pengurus di sebuah syarikat terselamat selepas kereta dipandunya merempuh seekor gajah di Kilometer 45 Jalan Kuala Terengganu-Kampung Raja di sini malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam ketika mangsa yang memandu kereta jenis Porsche Cayenne dalam perjalanan dari Rhu 10 menghala ke Lembah Bidong.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini