comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gaji penjawat awam naik lebih 13% mulai Disember ini, terbaik dalam sejarah – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara.

Beliau berkata kenaikan itu melibatkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan.

“Kenaikan lebih tinggi daripada 13 peratus. Kenaikan terbaik dalam sejarah oleh Kerajaan MADANI,” katanya semasa berucap merasmikan sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini