comscore
Tumpuan :
Nasional

Gajikan pekerja asing tanpa permit, bot nelayan ditahan APMM

Bot tanpa nombor pendaftaran itu disyaki telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen perikanan

Oleh: Kumaran Rajamoney

LANGKAWI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan jenis gentian kaca dalam jarak lebih kurang 1.7 batu nautika dari Timur Laut Pulau Langgun, di sini sekitar jam 7 petang semalam.

Pengarah APMM Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa dalam satu kenyataan memaklumkan, bot nelayan itu dikesan sedang melakukan aktiviti menangkap ikan ketika anggota penguat kuasa sedang melakukan rondaan rutin Op Aman dan Op Tiris.

“Melalui pemeriksaan yang dilakukan, bot nelayan tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama sembilan kru warganegara Thailand yang berusia antara 18 hingga 49 tahun.”

Pekerja warga asing yang ditahan

“Bot tanpa nombor pendaftaran itu disyaki telah melanggar syarat sah lesen Akta Perikanan 1985 kerana tidak mempunyai lesen perikanan untuk beroperasi dan menggajikan pekerja warga asing tanpa kebenaran Pengarah Perikanan Malaysia.”

Bot dan kesemua kru katanya, ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini