comscore
Tumpuan :
Nasional

Gamit pelancong melalui pakej ‘Durian Tourism 2023’

Foto hiasan

TANGKAK: Tourism Malaysia menyasarkan pembabitan pelancong asing dalam pakej ‘Durian Tourism 2023’ sebagai usaha mempromosikan musim durian di seluruh negara, tahun ini.

Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Shahrin Mokhtar berkata ia susulan kesinambungan kempen itu ke atas peloncong domestik tahun lalu.

Beliau berkata pada edisi kali ini, pakej ’Durian Tourism 2023’ akan diperluaskan ke Johor, Pahang, Selangor, Perak, Kedah dan Perlis berbanding hanya di Pulau Pinang tahun lepas.

Menurutnya, “Tourism Malaysia mengambil inisiatif memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Brunei dan Singapura, agar pelancong dari negara berkenaan berkunjung ke negara kita.”

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Pakej Durian Tourism 2023, di Happy Fruit Tangkak, di sini hari ini.

Shahrin dalam pada itu turut menggalakkan pemain industri yang terlibat dalam pakej berkenaan untuk mempelbagaikan aktiviti bagi tujuan menarik pengunjung.

Antara yang dicadangkan aktiviti mengutip durian, menikmati buah-buahan tempatan lain, menikmati pelbagai jenis minuman seperti yang berasaskan halia, membuat tempoyak, pengalaman tinggal di kampung serta menyediakan aktiviti sukan sampingan.

Kempen pakej Durian Tourism 2023 bermula pada 30 Mei sehingga 31 Ogos depan ini mendapat kerjasama daripada Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta 13 pengendali pelancongan tempatan.

Maklumat lanjut berkenaan pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

Loading...
Terkini