comscore
Tumpuan :
Nasional

Gandakan inisiatif permerkasaan wanita, elak tercicir hadapi cabaran ekonomi dan sosial

FOTO: Nancy Shukri / Facebook

PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mahu inisiatif pemerkasaan wanita terus digandakan, supaya golongan itu tidak tercicir dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial.

Beliau berkata ramai daripada wanita berhadapan dilema, sama ada untuk meneruskan kerjaya atau berkorban dengan meninggalkan bidang pekerjaan, demi memikul tanggungjawab untuk berbakti kepada keluarga.

“Walaupun wanita mendominasi lelaki di universiti, tetapi hanya 56.2 peratus daripada populasi wanita bekerja, berbanding 81.9 peratus lelaki.

“Wanita dalam lingkungan umur 30 hingga 39 tahun lebih cenderung meninggalkan kerjaya mereka secara tetap kerana komitmen keluarga,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malan tadi.

FOTO: Nancy Shukri / Facebook

Majlis sambutan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.

Datuk Seri Nancy berkata, wanita berumur 60 tahun, merupakan majoriti penerima bantuan kewangan oleh kerajaan kerana  tidak mempunyai jaringan keselamatan ekonomi.

Selain itu, beliau berkata Bank Dunia pada minggu ini melaporkan bahawa, sekiranya semua halangan ekonomi bagi wanita dimansuhkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dapat meningkat sebanyak 20 peratus.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini