comscore
Tumpuan :
Nasional

Gangguan bekalan elektrik di Jenjarom sehingga Sabtu

KUALA LANGAT: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melanjutkan tempoh kerja-kerja henti tugas berjadual di tiga kawasan sekitar Jenjarom, Banting, di sini sehingga Sabtu ini.

Agensi itu menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan, kawasan yang terbabit adalah Taman Desa, Kampung Baru Sungai Jarom dan Taman Yayasan 5.

“Kerja-kerja ini bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

“Sebarang kesulitan yang dialami pelanggan semasa kerja-kerja henti tugas ini amat dikesali.

“Untuk keselesaan para pengguna, kami mencadangkan persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini,” katanya, hari ini.

TNB berkata, pihaknya juga mengambil langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan berlaku dalam tempoh paling minimum.

Pada masa sama katanya, pengguna diminta berhati-hati semasa mengendalikan peralatan elektrik terutama ketika berlakunya gangguan bekalan.

“Ini adalah kerana bekalan mungkin akan dipulihkan pada bila-bila masa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penduduk di 30 kawasan di Jenjarom akan mengalami gangguan bekalan elektrik sementara susulan kerja-kerja henti tugas berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pekan Jenjarom.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini