comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gangguan perkhidmatan LRT: Siasatan kerosakan ambil masa 2 minggu

 

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Keretakan Struktur Viaduct dan Pier berdekatan stesen LRT Bandaraya memerlukan siasatan menyeluruh dan bakal mengambil masa dua minggu untuk disiapkan

Menurut Ketua Pegawai Operasi Strategi dan Pembangunan, Kumpulan Prasarana Berhad, Prodyut Dutt perunding kejuruteraan yang dilantik pihaknya telah memulakan siasatan berkenaan semalam.

“Kerja-kerja baik pulih bergantung kepada hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan APAD,” katanya selepas membuat tinjauan bersama media di lokasi kerosakan berhampiran stesen LRT Bandaraya di sini hari ini.

Katanya jawankuasa telah dibentuk melibatkan pihaknya, Jabatan Kerja Raya (JKR), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Ujar Prodyut, sebelum LRT laluan berkenaan boleh beroperasi seperti sedia kala pihaknya perlu mengutamakan aspek keselamatan terlebih dahulu.

Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan menyebabkan gangguan operasi antara dua stesen iaitu Stesen Masjid Jamek dan Bandaraya bermula 27 Januari lalu.

Loading...
Terkini