comscore
Tumpuan :
Nasional

Gangguan sistem isyarat jejas jadual perkhidmatan monorel

Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan monorel mengalami kelewatan susulan gangguan sistem isyarat di sepanjang laluan menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan waktu menunggu bertambah.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan tersebut mula dikesan pada 3.50 petang tadi dan pasukan kejuruteraan telah menjalankan kerja baik pulih bagi mengembalikan operasi normal secepat mungkin.

“Pihak Rapid Rail memohon maaf kepada penumpang yang mengalami kesulitan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut anggota polis bantuan tambahan juga ditempatkan ke stesen-stesen terlibat bagi mengawal kesesakan di stesen dan platform selain memaklumkan penumpang menerusi pengumuman.

Pengguna diminta mengikuti media sosial Rapid KL bagi mendapatkan status terkini perkhidmatan Monorel. – BERNAMA

Loading...
Terkini