comscore
Tumpuan :
Nasional

Gangguan suis landasan punca stesen LRT sesak

Keadaan sesak di stesen LRT Ara Damansara berikutan gangguan suis landasan. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Gangguan sistem suis di landasan dilaporkan menyebabkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya kini sedang mengalami kelewatan.

Keadaan itu menyebabkan ramai penumpang terkandas di stesen. Tinjauan di Stesen Ara Damansara mendapati ramai penumpang menunggu berikutan gangguan perkhidmatan itu.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsi di laman web MyRapid, berikutan gangguan itu tren akan dipandu secara manual dari stesen Kelana Jaya ke Taman Bahagia.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsi di laman web MyRapid, berikutan gangguan suis di landasan, tren akan dipandu secara manual dari stesen Kelana Jaya ke Taman Bahagia. – FOTO: NSTP

“Tren akan bergerak perlahan dan berhenti lama di platform. Kami memohon maaf atas kesulitan.

“Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan di laman web berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini