comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Ganguan Seksual di Sekolah: “You touch you go,” – Fadhlina

 

Oleh: Juliana Sharin

SHAH ALAM: “You touch you go (kamu sentuh kamu pergi),” Itu amaran diberikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek kepada sesiapa sahaja termasuk warga pendidik atau kakitangannya yang terbabit dengan kesalahan gangguan seksual terhadap murid.

Penegasan dibuat bagi menyediakan sekolah selamat daripada gangguan seksual yang boleh menghancurkan masa depan seseorang murid.

Beliau berucap pada Konvensyen Kebangsaan Mengenai Perlindungan Murid Daripada Eksploitasi Seksual, di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Fadhlina berkata isu gangguan sememangnya dekat dengan dirinya dan kementerian, kerana beliau sendiri pernah membantu mangsa yang merupakan murid di institut agama.

“Bila saya tanya mengapa tidak laporkan, mereka jawab ustaz cakap kalau beritahu orang lain ilmu tidak berkat, kena jaga aib yang beri ilmu,” katanya.

Beliau berkongsi pengalaman pernah mengendalikan kes gangguan seksual membabitkan 20 kanak-kanak di Sarawak ketika menjadi aktivis, lapan tahun lalu.

Komitmen KPM katanya dapat dilihat menerusi Program Sekolah Selamat yang turut mewujudkan garis panduan khas.

Selain itu, KPM juga katanya akan menambah guru kaunseling di setiap sekolah sebagai persediaan untuk berdepan kes gangguan seksual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini