comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Gara-gara pukul cermin sisi, penunggang motosikal cedera dihimpit Tesla

Penunggang motosikal cedera selepas dihimpit Tesla di Lebuhraya Sprint. Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang motosikal cedera selepas terjatuh dihimpit kereta jenis Tesla di Lebuhraya Sprint semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku pada 8.30 pagi di Lebuhraya Sprint apabila kereta Tesla dipandu lelaki berusia 36 tahun tiba-tiba menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan menyebabkan motosikal terhimpit ke kanan jalan.

Menurutnya, penunggang motosikal bertindak memukul cermin sisi kanan kereta itu dengan tangan menyebabkan pemandu kereta terbabit menghimpit penunggang motosikal berkenaan sehingga mangsa terjatuh.

“Akibat kemalangan itu, dia mengalami kecederaan luka di tangan,lutut dan kaki dan mendapatkan rawatan di klinik berdekatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan1987,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini