Tumpuan :
Nasional

Gelombang kedua banjir: Jangan ambil mudah, persiapan pada tahap siap sedia – Zahid

Foto hiasan

Oleh: Fareez Azman

SABAK BERNAM: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan persiapan semua agensi berada pada tahap siap sedia bagi menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka hari ini.

Jelasnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, perbincangan telah diadakan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

“Saya telah mengadakan perbincangan dengan NADMA, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah agar jangan ambil mudah untuk bersiap sedia cabaran akan mendatang.

“Kita mengharapkan ramalan kaji cuaca dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dimana gelombang kedua bermula hari ini hingga 14 haribulan (Disember ini) dijauhkan Allah SWT,” jelasnya.

Tambah Ahmad Zahid, ia melibatkan tumpuan persiapan di beberapa negeri dijangka berdepan bencana itu.

“Namun kesiapsiagaan kita berada pada siap sedia, kekhuatiran kita gelombang kedua ini akan melanda negeri seperti di Pahang dan Johor,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Majlis Penyerahan Projek Jalan Luar Bandar di Jalan Peket 100, Simpang Lima, Sungai Besar di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini