comscore
Tumpuan :
Nasional

Gelombang ketiga banjir Terengganu tamat, semua PPS ditutup

Pasukan sukarelawan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membersihkan kawasan sekolah yang terjejas banjir di Sekolah Kebangsaan Sungai Las, Setiu. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun ditutup, jam 9 pagi ini menandakan berakhirnya banjir gelombang ketiga di negeri ini yang bermula sejak Ahad lalu.

Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana Operasi (BPBO), Majer (PA) Mohd Hafiz Asikin, berkata PPS di dewan Masjid Serdang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati, Dungun, ditutup secara rasmi jam 9 pagi ini.

Seramai 112 mangsa daripada 33 keluarga yang berlindung di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Satu lagi PPS iaitu di Dewan Serbaguna di Taman Perumahan Wakaf Tengah membabitkan enam mangsa daripada satu keluarga yang dibuka Isnin lalu juga akan ditutup jam 2 petang ini.

“Satu keluarga yang berlindung di PPS itu selepas kediaman mereka dipukul ombak dibenarkan pulang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini