comscore
Tumpuan :
Nasional

Gemar makan ulam, sering baca al-Quran petua wanita tertua di Kelantan

Oleh: Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi

PASIR PUTEH: Seorang warga emas dari Pasir Puteh, Kelantan dipercayai berusia 115 tahun masih mampu mengingati dengan jelas bukan sahaja ahli keluarganya tetapi jiran yang sering bertandang untuk bertanya khabar.

Meskipun tahap pendengaran serta penglihatannya semakin berkurangan serta kini terpaksa dibantu untuk bergerak, Kelthom Yaakob mungkin individu tertua di negara ini melepasi usia A. Annamah, berusia 110 tahun dari Pulau Pinang.

Setiap hari Kelthom atau dipanggil Mak Wa oleh cucu, cicit dan jiran tetanggaa sentiasa membaca Surah Al-Mulk, Surah Yaasin dan surah lain yang masih diingati serta dihafal sejak kecil.

Jelasnya masih segar di ingatan kesusahan ketika waktu pendudukan Jepun dan ketika kedatangan komunis menyebabkan dia sekeluarga hanya makan ubi kayu.

“Susah la ketika itu pakai kain orang sedekah saja nak beli tak ada pitis anak ramai… zaman jepun makan ubi saja rebus ubi saja nasi temu sekali sehari saja… ambil saudara dia pergi ke Burma… dia ambil buat gapo kelik tu dia kecek telor tak betul dah bila balik dia pergi empat tahun orang hantar balik dia terus kecek telor … takut lah masa tu puak jantan tak duduk kampung duduk tepi sungai, katanya.

Cucunya Maimon Mohamad, berusia 47 tahun, berkata, secara rasmi usia neneknya adalah 96 tahun namun jika diikutkan kepada umur sebenar, wanita itu mungkin sudah berusia lebih daripada itu berdasarkan tanda bintang atau ‘asterisk’ pada hujung nombor kad pengenalan.

Katanya Mak Wa ketika membuat kad pengenalan berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana telah mempunyai seorang anak berusia enam bulan ketika itu.

Jelasnya jika dia berkahwin pada usia 14 tahun kemungkinan usianya kini 110 iaitu seusia dengan warga emas wanita tertua A.Annamah.

“Sangat suka saya dah tak ada ibu bapa meninggal kami masih boleh berbakti pada orang tua kami walaupun dia nenek kami saya rasa bangga sebab kami dengan sukarela jaga dia…tak susah jaga dia, dia tak sakit tak payah tak pernah pergi hospital orang sekarang kan ada sakit kencing manis dia tak ada semua sakit tu sebab rutin dia setiap pagi minum air cicah dengan biskut tengahari makan nasi petang makan jajan malam makan biskut atau nasi,”.

Menurut Maimon tidak susah menjaganya kerana dia masih sihat, tidak pernah ke hospital dan boleh mandi serta solat sendiri.

Mak Wa kini menetap bersama cucunya Siti Aisyah Mohamad di Felcra Teratak Batu, Pasir Mas.

“Tok saya ni kira daripada lama dah duduk dengan arwah mak saya bila mak meninggal saya lah sepenuhnya urus mak urus makan minum saja lain tak perku urus boleh urus sendiri dari pergi ke toilet ke mandi pakai baju solat cuma kita urus dia boleh makan sendiri…dalam kampung ini dia paling tua dan dalam adik beradik dia saja yang masih ada lain meninggal…tak cerewet jaga diri dan tak susah.”

Cicitnya Khalis Aniq Hairul Anuar berusia 12 tahun adalah cicit kesayangan bahkan setiap malam dia yang tidur bersama Mak Wa dan menjaga ketika sakit.

Sempena Hari Warga Emas, Aniq dan seluruh keluarga membuat kejutan dengan memberi hadiah serta kek.

“Banggalah sangat bangga…kalau beri nasi ko mak ambil air tak suap dia boleh makan sendiri … saya yang tidur dengan mak wa jaga mak wa tidur tepi mak wa setiap malam … saya sayang mak wa tidur tidur awal lepas isya saya tidur lambat tepi mak wa … tidur macam biasa selimut sampai atas kepala dia tak nampak muka selimut sendiri sejuk tak suka kipas lemas,”

Mak Wa mempunyai 10 anak daripada dua perkahwinan terdahulu di mana enam daripadanya telah meninggal dunia dan empat anaknya kini juga warga emas dan uzur.

Dia mempunyai 25 cucu, 20 cicit,10 piut dan tiga piat yang sering mengunjunginya.

Pada usia muda, Mak Wa sangat mengambil berat perihal pemakanan dan hanya memakan makanan sihat, mengurangkan pengambilan gula, tidak minum susu serta amalkan sentiasa berselawat sambil makan ulam-ulaman.

Menurut Mak Wa sirih pinang adalah makanan kegemarannya selepas ayam goreng dan bila ditanya apa lagi yang dia hendak, katanya dia berharap dapat menunaikan haji atau umrah.

Loading...
Terkini