comscore
Tumpuan :
Nasional

Gempar dua tedung selar ‘berlawan’ di tokong

FOTO: APM Alor Gajah

ALOR GAJAH: Sebuah tokong di Jalan Rembia, Lendu di sini, gempar dengan kemunculan dua ekor ular tedung selar di rumah ibadat itu, malam tadi.

Reptilia itu bagaimanapun berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Alor Gajah yang menerima panggilan daripada penjaga tokong terbabit.

Pegawai Operasi, Bencana dan Logistik Pejabat Daerah Pertahanan Awam (PDPA) Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.08 malam dan empat anggota diketuai Lans Koperal (PA) Nuratika Zulkepl bergegas ke lokasi.

FOTO: APM Alor Gajah

Katanya, difahamkan pengadu mahu membuka lampu di bahagian belakang tokong sebelum terkejut melihat kelibat dua ekor ular tedung selar yang sedang berlawan.

“Sebaik tiba anggota APM mendapati seekor ular tedung selar bersaiz besar sedang menelan seekor ular jenis sama yang lebih kecil sebelum ia memuntahkannya semula apabila ditangkap menggunakan tanjul ular.

“Ular tedung selar sepanjang enam dan empat meter serta berat antara tiga hingga lima kilogram (kg) itu kemudian dibawa balik ke PDPA Alor Gajah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini