comscore
Tumpuan :
Nasional

Geng Samun Alif di Hulu Selangor tumpas

 

Barangan yang dirampas polis ketika menahan 3 suspek menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Rawang, jam 4.10 pagi, hari ini. Foto Ihsan Polis

HULU SELANGOR: Polis menumpaskan Geng Samun Alif dalam kejadian samun membabitkan sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, semua suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan ditahan menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Rawang, jam 4.10 pagi, hari ini.

“Hasil serbuan polis berjaya merampas sepucuk pistol angin, tiga motosikal, pakaian, kasut, dua topi keledar dan dua telefon bimbit.

“Turut dirampas adalah rangkai dan batang anak kunci serta beg penghantar makanan Grab,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Asri berkata, semua suspek berusia 29 hingga 38 tahun selain mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Ujian saringan air kencing pula mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Mac untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).

Menurutnya, dengan tertangkap semua suspek polis berjaya menyelesaikan kes samun ini sekali gus meningkatkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini