comscore
Tumpuan :
Nasional

GEO Dinobat Pemenang Bangunan Tenaga Sifar

Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) melalui Green Energy Office (GEO) dinobatkan sebagai pemenang Penyertaan Khas – Bangunan Tenaga Sifar dalam Kategori Kecekapan Tenaga pada Majlis Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) yang diadakan secara maya.

Dianjurkan oleh ASEAN Centre for Energy (ACE) dan ASEAN Specialized Energy Bodies (SEB), AEA adalah acara tahunan yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan syarikat swasta di setiap Negara Anggota ASEAN meningkatkan Teknologi dan pembangunan Tenaga Boleh Baharu ke arah sumber tenaga yang lebih bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif MGTC, Shamsul Bahar Mohd Nor berkata kemenangan ini merupakan pengiktirafan ACE terhadap usaha- usaha MGTC selama ini sebagai pemacu nasional rasmi negara dalam menerajui dan memfasilitasi program AEMAS.

“Program-program tersebut telah memberi manfaat kepada beratus-ratus premis dan telah menyumbang kepada peningkatan kapasiti ribuan pengurus tenaga di seluruh Malaysia.

“Program-program tersebut memberi inspirasi kepada MGTC dalam mempertahankan Zero Energy Building kami untuk menerapkan lebih banyak teknologi hijau dan kemudahan yang menjimatkan tenaga. Sudah pastinya, penganugerahan daripada Anugerah Tenaga ASEAN ini akan memberi kami motivasi dalam menggalas tanggungjawab untuk mempromosi kepada bangunan sedia ada dan reka bentuk bangunan pada masa hadapan untuk mejadi karbon sifar dan lestari kepada alam sekitar” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dibangunkan pada tahun 2007 dan siap pada tahun 2010, bangunan GEO dianugerahkan sebagai pemenang melalui kecemerlangan dan dedikasi terhadap bidang bangunan cekap tenaga dengan merujuk kepada model inovasi hijau.

Bangunan ini menerapkan elemen-elemen seperti reka bentuk dan teknologi bangunan lestari yang pertama buat Malaysia.

Loading...
Terkini