comscore
Tumpuan :
Nasional

GISBH: Polis Kedah serbu premis di tiga daerah

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh. -Foto: NSTP

SUNGAI PETANI: Polis sudah melakukan serbuan dan memeriksa premis dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH) di tiga daerah di negeri ini, setakat ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata serbuan ke atas premis di daerah Kubang Pasu, Kuala Muda dan Kulim itu selaras arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang dilaksanakan dalam fasa empat Op Global.

Tindakan itu, katanya, bertujuan mengumpul bahan bukti mempunyai kaitan dengan tarekat Aurad Muhammadiyah dan kumpulan Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994.

“Memang kontinjen kita ada buat beberapa pemeriksaan, ada (premis) sudah tutup, ada masih buka. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat terhadap ahli GISBH dalam operasi kita.

“Semua laporan siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut,” katanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Kubang Pasu dan Alor Setar mendapati semua premis perniagaan dikaitkan dengan GISBH sudah ditutup.

Sejak Op Global fasa pertama awal bulan ini, lebih 300 individu, termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, 572 mangsa diselamatkan, manakala tujuh dihadapkan ke mahkamah atas 29 pertuduhan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini