comscore
Tumpuan :
Nasional

Guna Lilin Untuk Jimat Letrik Punca Rumah Terbakar, Warga Emas Maut

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kebakaran di Kampung Telok, pagi tadi. Foto ihsan bomba.

BAGAN SERAI: Seorang wanita warga emas maut terbakar, manakala kakaknya cedera selepas rumah mereka di Kampung Telok, terbakar pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kerian, Deputi Superintenden Hudri Mohd Arshad, berkata dalam kejadian pada 5.45 pagi itu, mangsa yang maut, Tan Ah Nya, 69, ditemui di ruang tamu,

Kakaknya, Tan Boy Soo, 74, sempat diselamatkan jiran dan dikejarkan ke Hospital Taiping akibat sesak nafas.

Siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada api lilin yang dipasang ketika tidur bagi menjimatkan elektrik.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, anggota bomba dimaklumkan terdapat seorang mangsa kebakaran terperangkap dalam rumah dan gagal diselamatkan, manakala seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dan ambulans menghantarnya ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut akibat sesak nafas.

“Kita percaya kebakaran berpunca daripada api lilin yang dipasang ketika tidur bagi menjimatkan elektrik. Rumah itu diperbuat separuh papan dengan lantai simen yang didiami dua beradik itu sejak sekian lama,” katanya kepada media.

“Jiran mangsa memaklumkan mereka yang terhidu asap daripada rumah mangsa pada kira-kira jam 5 pagi, kemudian melihat ruang tamu rumah itu marak terbakar dan menendang pintu jeriji besi serta berjaya menyelamatkan kakak mangsa.

“Mayat Ah Nya dibawa ke Unit Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan kes diklasifaksi sebagai mati mengejut,” katanya.

Operasi memadam kebakaran membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai dan BBP Kuala Kurau – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini