comscore
Tumpuan :
Nasional

Gurauan minta lembu dihantar ke rumah jadi kenyataan

Warga emas, Mat Yusuf Abdullah (baju merah) mendapat hadiah cabutan bertuah seekor lembu ketika menjadi penonton satu pertandingan futsal di Wakaf Bharu, Tumpat. FOTO: NSTP

TUMPAT: Kalau sudah rezeki, memang tak akan ke mana. Itu rezeki seorang penternak apabila diumumkan penerima seekor lembu selaku pemenang hadiah utama cabutan bertuah satu pertandingan futsal di Wakaf Bharu di sini.

Warga emas, Mat Yusuf Abdullah, 64 dari Kampung Gaung yang sebelum ini menternak kambing dan biri-biri berkata hadiah itu akan menjadi pendapatan baharu baginya dan keluarga.

“Saya sempat bergurau kepada tuan lori untuk hantar lembu cabutan bertuah ini ke rumah, tak sangka jadi kenyataan,” kata bapa kepada enam anak ini.

Peniaga cendol, Nik Khairul Hafizudin Nik Wil mendapat cabutan bertuah seekor kambing Boer ketika menjadi penonton satu pertandingan futsal di Wakaf Bharu, Tumpat. FOTO: NSTP

Dia yang menjual suratkhabar berkata akan menternak lembu itu dengan baik.

Sementara itu, penjual cendol, Nik Khairul Hafizudin Nik Wil  turut gembira apabila diumumkan sebagai penerima hadiah seekor kambing jenis Boer dalam cabutan bertuah itu.

Nik Khairul Hafizudin Nik Wil, 36 berkata dia menganggap hadiah itu adalah rezeki Ramadan untuk keluarganya.

Nik Khairul berkata dia ke pertandingan itu cuma untuk berseronok sambil memberi sokongan kepada pasukan yang disertai rakannya.

Pertandingan futsal itu julung kali diadakan dan disertai 45 pasukan.

Menurut penganjur, mereka memilih haiwan seperti lembu dan kambing sebagai hadiah utama cabutan bertuah kerana mahu mencipta kelainan disamping menarik pengunjung.

“Dengan sambutan luar biasa ini, mungkin kami akan teruskan lagi pertandingan sebegini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini