comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Guru Bahasa Melayu dinobatkan Unduk Ngadau Kaamatan 2024

PENAMPANG: Guru Bahasa Melayu dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2024 pada kemuncak hari terakhir Sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), di sini, semalam.

Hyellene Danius ialah tenaga pengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsi Sin, Tenom,

Kejayaan anak jati Ranau berusia 27 tahun mewakili daerah Inanam berkenaan sekali gus menewaskan 51 peserta lain yang turut mara ke pusingan akhir.

Kemenangan sama juga menyaksikan Hyellene mengambil alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2023, Carol Abbey Gail Grimaldi.

Hyellene dimahkotakan oleh Carol Abbey Gail sambil disaksikan isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni dan isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag.

Anak bongsu daripada sembilan adik-beradik itu membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000 berserta beberapa hadiah iringan termasuklah biasiswa pendidikan dari Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF).

Sementara itu, Hyellene yang ditemui berkata, dirinya tidak menyangka akan memegang gelaran ratu cantik terbabit disebabkan hanya meletakkan sasaran 15 peserta terbaik sahaja.

“Kemenangan ini memang di luar jangkaan kerana sasaran asal saya hanya sehingga peringkat 15 peserta terbaik.

“Namun apabila disebut antara tujuh peserta teratas, saya memang bersyukur dan ketika itu memang menyerahkan segala keputusan kepada takdir.

“Saya anggap ini rezeki dari tuhan dan mahu melaksanakan tugas sebaik mungkin sepanjang bergelar UNK 2024,” katanya memaklumkan kemenangannya itu adalah percubaan kali ketiga selepas memasuki pertandingan sama pada tahun 2016 dan 2022,” katanya.

Dalam pada itu, pertandingan UNK 2024 menyaksikan tempat kedua dimenangi oleh Elldiwirna Saimen yang mewakili daerah Kiulu manakala tempat ketiga pula dimiliki wakil dari Keningau, Monicka Majin.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini