comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru lelaki tumbuk dan sepak guru wanita dicekup

Foto hiasan

KEMAMAN: Seorang guru lelaki di Sekolah Kebangsaan Padang Kubu (SKPK) ditahan polis selepas bertindak memukul seorang guru wanita.

Suspek berusia 49 tahun ditahan di sebuah kuarters guru jam 9.00 malam tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, pihaknya akan mendapatkan perintah reman ke atas suspek esok bagi siasatan lanjut dan punca pergaduhan.

Dalam kejadian 6.55 pagi tadi di kawasan kantin sekolah berkenaan, guru wanita yang mengajar subjek Bahasa Inggeris, berusia 32 tahun itu dipercayai ditumbuk dan disepak suspek.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan lebam mata kiri dan bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Air Putih, 8.20 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mendatangkan cedera.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini