comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Guru pengsan ketika demonstrasi memadam kebakaran 

 


SIK: Seorang guru wanita secara tiba-tiba pengsan ketika menjalani latihan demonstrasi memadam kebakaran di sebuah sekolah rendah di sini hari ini.

Mangsa yang berusia 33 tahun itu dikatakan menyahut cabaran murid di sekolah itu supaya mencuba melakukan demonstrasi pemadaman api bersama pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik di hadapan 350 murid dan guru-guru di sekolah berkenaan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, kejadian  berlaku pada jam 10.37 pagi ketika program Taklimat Keselamatan Awam dan Latihan Kebakaran di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, keadaan pada awalnya terkawal dan berjalan dengan jayanya itu bertukar cemas apabila guru itu tiba-tiba lemah dan pengsan.

“Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Gulau, di sini untuk menjalani pemeriksaan dengan menggunakan jentera EMRS BBP Sik yang kebetulan berada sewaktu latihan kebakaran berjalan.

“Keadaan guru itu stabil dan kembali sedar ketika dibawa ke klinik kesihatan berkenaan.

“Katanya, ia memberi pengalaman menarik buatnya apabila cuba memenuhi impian anak muridnya supaya melakukan demonstrasi pemadaman di sekolah itu,” katanya.

Zulkhairi berkata, guru wanita terbabit yang baru tiga bulan bertugas di sekolah itu mengakui turut mengakui masih fobia dengan api selepas kejadian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini