comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru sampaikan khutbah Jumaat di Perak sempena Hari Guru

Foto hiasan

IPOH:  Bersempena Hari Guru disambut setiap 16 Mei, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan tema khutbah Jumaat hari ini memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru selaras sumbangan dan peranan guru kepada rakyat dan negara.

Khutbah bertemakan Guru Insani Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun itu akan disampaikan di semua masjid di Perak.

“Ia sebagai mengiktiraf peranan penting warga guru untuk negara,” kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Beliau berkata, baginda juga memperkenankan guru diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid di Perak.

Langkah itu juga sebagai penghargaan khidmat dan bakti yang diabadikan oleh guru.

Guru ialah warga pendidik, pengajar dan pengasuh yang berkorban seluruh jiwa dan raga, masa, wang serta tenaga demi kemajuan anak didik.

Guru, pegawai di Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri telah dipilih menyampaikan khutbah Jumaat di masjid daerah dan Masjid Negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II, di Ipoh.

Masjid daerah terbabit adalah Masjid Sultan Azlan Shah, INTIM, iaitu Masjid Daerah Kinta Utara.

Masjid daerah lain adalah Kinta Selatan, Kuala Kangsar, Perak Tengah, Batang Padang, Larut Matang Selama, Manjung, Kerian, Hilir Perak, Bagan Datuk, Muallim, Hulu Perak dan Masjid Ghufroniah, Sungai Siput (Utara).

Loading...
Terkini