comscore
Tumpuan :
Nasional

Guru tahfiz ditahan lakukan amang seksual dengan pelajar

Foto hiasan

HULU SELANGOR: Seorang guru maahad tahfiz ditahan atas tuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar.

Difahamkan, seramai tiga pelajar lelaki berusia lingkungan lapan hingga 11 tahun menjadi mangsa gangguan suspek sejak dua tahun lalu di sebuah maahad tahfiz di Batang Kali, di sini.

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di pintu pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu berangkat menunaikan umrah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, lelaki itu diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, jam 10.45 malam.

Beliau berkata, penahanan dibuat berdasarkan hasil risikan dan maklumat polis.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Semua mangsa yang terlibat adalah pelajar suspek sendiri di maahad tahfiz berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, suspek dibawa ke IPD Hulu Selangor untuk ditahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017.

Loading...
Terkini