comscore
Tumpuan :
Nasional

Had laju Jalan Persekutuan dikurangkan sempena Tahun Baru Cina

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sempena Tahun Baharu Cina, pengurangan had laju akan dilaksanakan di semua Jalan Persekutuan di Malaysia, daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j, berkuat kuasa esok hingga 13 Februari ini.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, pewartaan pengurangan had laju itu ditetapkan sepanjang Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang diadakan dalam tempoh berkenaan, sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Sabtu dan Ahad ini.

“Pewartaan pengurangan had laju sementara itu adalah antara langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku pada musim perayaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

KKR turut memaklumkan, kerja pembinaan dan penyenggaraan jalan yang tidak kritikal dihentikan supaya tidak mengganggu aliran trafik sepanjang tarikh operasi, kecuali kerja kecemasan.

“Ini sejajar dengan semangat dan aspirasi Program MyJalan yang dilancarkan KKR untuk semua pihak bersama-sama bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan keselesaan pemanduan diutamakan, terutama di Jalan Persekutuan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini