comscore
Tumpuan :
Nasional

Had yuran pendaftaran IPT elak keciciran pelajar

Foto hiasan

PULAU PINANG: Yuran pendaftaran masuk ke universiti awam IPTA yang ditetapkan pada kadar tidak melebihi RM1500, seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 merupakan satu langkah tepat.

Selain memastikan tiada pelajar yang dinafikan hak jika yuran melebihi had berkenaan, peraturan pembayaran oleh universiti juga selepas ini hendaklah mengambil kira kebajikan pelajar.

Ketetapan itu menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya selari dengan nilai pemberian wang pendahuluan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN kepada semua bakal pelajar baharu yang layak.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia USM, Afirul Idris Ayub Khan,

Menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia USM, Afirul Idris Ayub Khan, langkah itu bukti kerajaan komited memartabatkan institusi pengajian tinggi.

“Bila perkara ini ditekankan oleh kerajaan sekaligus menunjukkan keprihatinan terhadap mahasiswa bila mana ianya dibenarkan zero balance policy sudah tiada pelajar dapat daftarkan subjek walaupun tidak selesaikan tunggakan bayaran kebanyakan pelajar yang ada tunggakan bayaran ni mereka dari keluarga miskin dan sebagainya” katanya kepada Buletin TV3.

Pensyarah Kanan USM, Dr. Abdul Rais Abdul Latiff.

Bagi Pensyarah Kanan USM, Dr. Abdul Rais Abdul Latiff, langkah menyelaraskan wang pendahuluan pinjaman dengan yuran pendaftaran dilakukan dengan mengambilkira kebajikan pelajar.

Ini kerana wang pendahuluan itu akan dipotong dalam pinjaman semester berikutnya dan ia akan menyukarkan pelajar yang bergantung atas pinjaman PTPTN semata-mata.

“Jadi saya kira jika kos melebihi RM1500 itu akan menjadi bebanan tambahan mungkin beri tekanan kepada pelajar kerana mereka terpaksa berhadapan bebanan belajar pada masa sama untuk jalani kehidupan mereka tetapi kekangan kewangan contoh kawasan bandar kos lebih sikit .” katanya.

Loading...
Terkini