comscore
Tumpuan :
Nasional

Hajat ziarah kubur bapa tidak kesampaian, 2 beradik maut motorsikal langgar roro

Keadaan di lokasi kejadian. FOTO: IPD Melaka Tengah

MELAKA: Remaja lelaki bersama adik bongsu berusia lima tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas motosikal ditunggang mereka merempuh tong sampah roro di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 6.15 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menziarahi kubur bapa di Bertam Hulu, sebelum mahu menikmati makan malam bersama keluarga.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa Muhammad Amirul Hazlin, 18, dan adik perempuannya, Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5, meninggal dunia semasa dirawat di zon merah Hospital Melaka.

Menurutnya semasa kejadian, Muhammad Amirul menunggang motosikal Demak DV110 dan ia dibonceng adiknya dan mereka dari arah Ayer Keroh menghala Sungai Udang.

“Siasatan awal mendapati, sebaik sampai di lokasi kemalangan, penunggang dipercayai tidak perasan sebuah kontena roro berada di bahu jalan lalu melanggarnya.

“Akibat pelanggaran itu penunggang dan pembonceng parah dan dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, dua beraik itu disahkan meninggal dunia semasa dirawat, masing-masing pada 7.40 malam dan 12.30 tengah malam.

“Mayat mangsa akan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik hari ini untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini