comscore
Tumpuan :
Nasional

”Hak KJ nak ke mana pun” – Zahid

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Oleh Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: “Itu hak dia untuk ke mana-mana pun. Dia tidak lagi menjadi ahli UMNO.”

Itu tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan ‘lamaran’ pemimpin parti politik lain kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan sebarang strategi sama ada pihaknya berhasrat untuk melakukan rundingan bersyarat dengan Khairy.

“Saya tidak akan dedahkan strategi, kalau saya kongsi strategi ia tak jadi strategi lagi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara di ibu negara.

Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendedahkan, tawaran itu dikemukakan kepada Khairy selepas beliau dipecat daripada UMNO,  Januari lalu.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan BERSATU, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Loading...
Terkini