comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Halang provokasi terhadap Islam – Anwar

 

NEW YORK: Malaysia menyuarakan kebimbangan mengenai perkauman bentuk baharu yang muncul terhadap umat Islam seperti xenofobia, pemprofilan secara negatif dan stereotype.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan perkembangan itu membimbangkan kerana mencetuskan kebencian, sikap tidak bertoleransi dan keganasan terhadap umat Islam dan kitab suci al-Quran.

“Pembakaran al-Quran tidak lain hanyalah tindakan Islamofobia yang jelas bertujuan menghasut kepada kebencian. Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan memberikan mesej berbahaya kepada kemanusiaan,” katanya dalam kenyataan negara di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

| ARTIKEL BERKAITAN:

Loading...
Terkini