comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hamdan Senario meninggal dunia

 

Oleh: Fahiz Ariff

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak anggota Senario, Hamdan Ramli, 54 atau nama sebenarnya Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, kira-kira jam 12:50 tengah hari tadi.

Mengesahkan berita duka itu, sahabatnya, Azlee Jaafar, 54, atau lebih mesra dengan panggilan Azlee Senario ketika dihubungi Buletin TV3.

“Sebentar tadi, Hamdan telah meninggalkan kita semua, Al-Fatihah buat Hamdan dan doakan yang baik-baik untuknya,” ujar Azlee ketika dihubungi.

Ahad lalu, Allahyarham Hamdan sepatutnya menjayakan persembahan ‘Wonderful Night with Senariounion’ di sebuah hotel di Johor Bahru.

Acara itu adalah sempena ulang tahun ke-27 Senario.

Namun, Hamdan tidak dapat menyertainya berikutan demam dan dimasukkan ke HSA.

Allahyarham Hamdan meninggalkan seorang balu, Norhamalini Ahmed, 53, dan empat cahaya mata.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini