comscore
Tumpuan :
Nasional

Hampir 400,000 pekerja asing dapat kelulusan VDR 

Oleh:  Siti Khadijah Jaafar 

PUTRAJAYA: Sejumlah 1.4 juta pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara, PLKS direkodkan berada di dalam negara setakat 30 November lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu mengisi keperluan tujuh sektor utama yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.

Sektor perkilangan yang paling besar hampir setengah juta pekerja asing iaitu 510,507, diikuti pembinaan 308,886, perladangan 160,728 dan perkhidmatan 208,425.

Manakala pertanian meangkumi 110,598, pembantu rumah 82,338 dan perlombongan 142.

Jabatan Imigresen, JIM telah menerima 403,869 permohonan membawa masuk pekerja asing mulai 1 Januari sehingga 4 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, kelulusan membawa masuk pekerja asing melalui Visa Dengan Rujukan, VDR adalah 373,459.

Daripada jumlah VDR yang diluluskan hanya 254, 677 pekerja atau 68% telah dibawa masuk untuk bekerja.

Proses membawa masuk pekerja asing ini tertakluk kepada keupayaan majikan, kos dan perbelanjaan.

Majikan cenderung membawa masuk pekerja asing secara berperingkat untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan yang tinggi terutama kos penerbangan.

Selain itu polisi semasa yang berkuatkuasa di negara sumber juga mempengaruhi prosedur pergerakan keluar pekerja asing dari negara asal ke destinasi yang ditujui untuk bekerja.

Baki 30,140 sedang diproses dan akan dipertimbang untuk kelulusan dalam masa 7 hari bekerja.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat di Jabatan Imigresen Putrajaya pagi tadi.

Hadir sama Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Saifuddin berkata, JIM sedang mengkaji kesesuaian pelaksanaan kaedah baharu  bagi pengeluaran PMA untuk pemohon yang mempunyai keperluan segera.

JIM ujarnya telah mengeluarkan  2.3 juta pasport sejak 1 Januari hingga 30 November lalu.

Loading...
Terkini