comscore
Tumpuan :
Nasional

Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang Dewan Rakyat – Takiyuddin

FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) bersetuju melantik Ahli Parlimen Larut yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata perkara itu telah diputuskan dalam satu mesyuarat yang diadakan beberapa hari lepas.

Beliau berkata pencalonan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang juga telah dihantar ke Parlimen.

“Kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN dan bersetuju melantik Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.

“Jawatankuasa juga turut melantik Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN dan timbalannya ialah Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis kesyukuran meraikan jentera Pilihan Raya Dewan Udangan Negeri Bunot Payung di Wakaf Che Yeh di sini hari ini.

Selain itu, Takiyuddin berkata jawatankuasa juga bersetuju melantik beliau sebagai Ketua Whip PN. – BERNAMA

Loading...
Terkini