comscore
Tumpuan :
Nasional

Hamzah Zainudin Stabil

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang sedang menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) setelah positif COVID-19 adalah stabil.

Pejabat Menteri Dalam Negeri itu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menzahirkan keprihatinan terhadap tahap kesihatan Hamzah, susulan tular gambar yang mendakwa Hamzah telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi susulan tahap kesihatan yang merosot.

Pejabat Menteri Dalam Negeri turut memohon semua pihak terus mendoakan kesembuhannya.

Hamzah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan COVID-19 pada 11 Jan lepas.

Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan sebarang perkembangan berkaitan tahap kesihatan Hamzah yang sahih dan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pejabat menteri itu.

Loading...
Terkini