comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hannah Yeoh beri keterangan di IPD Sentul

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Sentul, di sini, petang tadi, bagi memberikan keterangan berhubung siasatan berkaitan penganjuran program ‘Jom Ziarah Gereja’.

Program berkenaan dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Hannah bersama peguamnya, Sangeet Kaur Deo, hadir ke IPD Sentul pada jam 5.40 petang tadi sebelum memberikan keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Sentul.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut berkata, sedia memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan polis.

“Saya hadir selepas membaca berita bahawa polis mahu merakam keterangan saya, saya tidak mahu membuang masa dan hadir ke IPD Sentul bagi membantu siasatan dan berharap polis dapat melengkapkan kertas siasatan.

“Saya percaya keterangan saya konsisten dengan apa yang telah saya jawab di Parlimen pada minggu lalu berkaitan program berkenaan serta fitnah Chegubard (Badrul Hisham Shaharin),” katanya pada sidang akhbar di IPD Sentul di sini, selepas memberi keterangan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata walaupun program itu telah dibatalkan namun satu laporan polis telah diterima berhubung kes itu.

Pada 14 Mac lalu, Hannah ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat menjelaskan bahawa, program ‘Jom Ziarah Gereja’ tidak membabitkan individu beragama Islam.

Loading...
Terkini