comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hantaran bantuan MyKad RM700 Fasa 3 di TikTok palsu


Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan hantaran yang tular di platform TikTok mengenai bantuan MyKad RM700 Fasa 3 September 2024.

Dalam kenyataan hari ini, JPN menegaskan, tiada sebarang bentuk bantuan wang tunai yang dibuat oleh jabatan tersebut.

“Hantaran-hantaran yang dibuat oleh pemilik akaun di platform TikTok itu adalah palsu,” katanya.

 

Menurut JPN, sebarang maklumat berhubung bantuan kewangan kerajaan boleh disemak di portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bantuantunai.hasil.gov.my.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan hantaran sedemikian.

“Jangan sesekali menekan pautan yang tidak pasti,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan JPN, boleh hubungi di talian 03-8880 7077 atau emel ke [email protected].

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini