Tumpuan :
Nasional

Hantaran tular bantuan RM200 dalam MyKad di Tiktok adalah palsu – MoF

Kementerian Kewangan menegaskan bahawa dua akaun Tiktok kononnya ada Bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan Tahun 2024 ADALAH PALSU!

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menegaskan bahawa hebahan dua akaun TikTok kononnya ada bantuan RM200 dalam MyKad setiap bulan Tahun 2024 ADALAH PALSU!

MoF dalam kenyataannya di X berkata, semakan mendapati kedua-dua akaun yang menggunakan nama @moh.khairul457 dan @muhammad.dato.amr ini meminta mangsa untuk menghantar maklumat peribadi di akaun telegram scammer.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran palsu seperti ini di media sosial. Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul,” kata MoF.

MoF juga turut mengingatkan kepada orang ramai sekiranya tidak pasti, jangan klik sesuatu pautan dan elakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.

Setakat ini video yang dimuat naik oleh @moh.khairul457 telah mencapai 4.7 juta tontonan dan @muhammad.dato.amr pula sebanyak 142,300 tontonan di Tiktok.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini