Tumpuan :
Nasional

Hanya 1 PPS beroperasi tempatkan 102 mangsa banjir Sabah pagi ini

Masih terdapat 102 orang penduduk terjejas banjir membabitkan 27 keluarga yang berada di1 PPS melibatkan daerah Kinabatangan setakat jam 10 pagi tadi. – Foto: Ihsan APM

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menurun pagi ini dengan 102 orang daripada 27 keluarga masih ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10 pagi tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam kenyataan, berkata semua mangsa banjir terbabit adalah penduduk di daerah Kinabatangan.

“Semua penduduk kini berada di PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Pekan Bukit Garam kerana kediaman mereka dinaiki banjir,” katanya.

Sementara itu, APM menasihatkan orang awam khususnya penduduk yang tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai supaya sentiasa berwaspada susulan keadaan cuaca di seluruh negeri yang masih tidak menentu.

“Penduduk dinasihatkan berpindah ke tempat yang lebih selamat sekiranya rumah kembali dinaiki banjir bagi mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini