KLANG: Sebuah stor penyimpanan di Jalan Johan Setia, Kampung Johan Setia dilaporkan terbakar, awal pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 6.30 pagi sebelum satu jentera dengan enam anggota tiba di lokasi kejadian pada jam 6.40 pagi.
“Semasa sampai di lokasi kejadian kebakaran melibatkan sebuah stor simpanan kelas C, yang terbakar kira-kira 20 peratus,” kata kenyataan itu.
“Pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran pada jam, 6.40 pagi tadi”.
“Api berjaya di kawal memandangkan, ia hanya melibatkan satu kebakaran kecil kayu-kayu dan sampah terbiar diletakkan di stor berkenaaan,” ujar kenyataan itu lagi.
Tiada sebarang kecederaan mahupun mangsa dilaporkan.