comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hanya kenderaan 20 tan boleh lalu Jambatan Bailey

 


PEKAN: Pemandu kenderaan berat yang melalui jambatan bailey laluan Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 Lebuhraya Tun Razak diharap dapat mematuhi had berat 20 tan yang dibenarkan melintasi jabatan berkenaan.

Ia bagi memastikan jambatan bailey sepanjang 30.48 meter itu dapat berfungsi secara optimum dan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini hingga menyebabkan kerosakanberlaku.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata jambatan sementara itu hanya dibenarkan dilalui oleh kenderaan dengan berat had maksimum sehingga 20 tan sahaja.

Jenis kenderaan berat yang dibenarkan bagi had muatan kenderaan dua gandar, maksimum 15 tan, manakala bad berat muatan kenderaan tiga gandar, maksimum 20 tan. Bagi had laju kenderaan yang dibenarkan adalah tidak melebihi 30 kilometer (km/jam).

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada pengguna jalan rayadapat mematuhi had muatan dan had laju yang telah ditetapkan demi keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya disamping dapat memastikan jambatan dapat berfungsi secara optimum.

“Pemantauan secara berkala kini dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis bagi memastikan pengguna dapat mematuhi had yang ditetapkan,” katanya, dihubungi di hari ini.

Mohammad Fakhruddin berkata, tindakan tegas perlu dilakukan bagi memastikan pengguna yang melalui jambatan berkenaan mematuhi had muatan yang telah ditetapkan mengikut kenderaan.

Beliau berkata, bagi kenderaan yang melebihi had muatan yang dibenarkan, mereka boleh melalui laluan alternatif di Muadzam Shah-Leban Chondong.

Jalan Kuantan-Segamat di Seksyen 102 Lebuhraya Tun Razak ditutup sebelum ini selepas kejadian jalan mendap pada 7 Januari lalu,pembinaan jambatan bailey oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang bermula 11 Januari dan siap sepenuhnya dan dibuka kepada kenderaan pada 27 Januari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini