Tumpuan :
Nasional

Hanya RM100, pelacur Uzbekistan, Iran dikesan tawar khidmat seks di Bukit Bintang

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Hanya RM100! Itu promosi yang ditawarkan oleh pelacur dari Uzbekistan, Iran dan Thailand bagi perkhidmatan seks di ibu negara.

Wanita warga asing itu dikesan berpeleseran di Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi di sini, untuk mencari pelanggan sebelum dibawa ke hotel di kawasan sekitar.

Kegiatan tidak bermoral yang dijalankan kumpulan wanita berkenaan berjaya dihidu pihak berkuasa apabila menahan empat wanita warga asing menerusi serbuan Op Noda #KL Strike Force di empat hotel di sini, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Rusdi Isa berkata, serbuan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 11.30 malam.

“Hasil serbuan polis berjaya berampas lapan kondom, wang tunai RM3,720, empat telefon pintar dan tisu basah.
“Semua wanita warga asing yang ditahan berusia 35 hingga 59 tahun, dipercayai aktif mencari pelanggan,”katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Rusdi berkata modus operandi aktiviti pelacuran ini adalah dengan mencari sendiri pelanggan sebelum dibawa ke bilik penginapan yang disewa.
“Hasil siasatan terhadap tangkapan mendapati mereka menetap di sekitar Jalan Bukit Bintang. Aktiviti mencari pelanggan untuk tujuan persundalan ini bermula dari jam 5 petang hingga 3 pagi.

“Hasil siasatan juga mendapati penawaran perkhidmatan seks kepada hampir dua hingga pelanggan bagi ‘one shot’ dan sasaran pelanggan adalah warga asing dan juga pelanggan tetap,”katanya.

Mohd Rusdi berkata siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pergerakan keluar masuk dalam Malaysia.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk proses dokumentasi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini