comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Hanya segelintir pegawai Imigresen terbabit pelanggaran integriti

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menegaskan hanya segelintir pegawai jabatan itu terbabit rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa memberi komitmen yang tinggi bagi membanteras segala bentuk pelanggaran integriti membabitkan kakitangan jabatan itu.

“Justeru, JIM akan bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada kebolosan pendatang asing ke negara ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, lima pegawai Imigresen di Sabah, berusia 30 tahun hingga 41 tahun, terdiri daripada tiga wanita dan dua lelaki, ditahan pada Khamis lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan PATI.

Mereka yang bertugas di Lapangan Terbang Tawau (LTT), ditahan di antara jam 2 petang hingga 9 malam dalam Ops Lancar oleh SPRM.

Empat lagi individu awam, disyaki ejen masing-masing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan di sekitar daerah Tawau, di antara jam 3 petang hingga 5 petang, hari yang sama.

Ruslin sebelum ini dilaporkan berkata, jabatan itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melanggar integriti hingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil, termasuk buang kerja, sekiranya pegawai terbabit terbukti bersalah,” katanya.

Loading...
Terkini